Ijazah Sarjana Muda
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Kepujian)
(N/0112/6/0007) 07/30 (MQA/PA 16691)
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) adalah untuk melahirkan pendidik profesional yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan beretika dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini memberi penekanan kepada pemahaman menyeluruh terhadap aspek perkembangan, pembelajaran serta kesejahteraan kanak-kanak melalui kursus seperti Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bimbingan Tingkah Laku Kanak-kanak, dan Pedagogi Bermain dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pelajar turut didedahkan dengan ilmu falsafah, etika profesionalisme, serta kemahiran komunikasi dan literasi yang menjadi asas kepada pembentukan guru berdaya saing dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Selain itu, program ini turut menggabungkan elemen teori dan praktikal melalui kursus seperti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kaedah Penyelidikan, Pemerhatian dan Pentaksiran Awal Kanak-kanak, serta Praktikum di TASKA dan TADIKA. Pendekatan holistik ini memastikan pelajar bukan sahaja memahami teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, tetapi juga mampu melaksanakannya secara efektif dalam situasi sebenar.
Dengan peluang untuk meneroka bidang keusahawanan, pengurusan pusat asuhan serta penglibatan komuniti, disokong pula oleh pemantauan panel akademik dan industri, graduan UNIMEL dilatih menjadi pendidik yang inovatif serta berupaya mencipta impak positif dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana DUA mata pelajaran; ATAU
- Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred Jayyid; ATAU
- Mempunyai Sijil Matrikulasi atau Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 daripada 4.00; ATAU
- Mempunyai Diploma (Tahap 4, MQF) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 daripada 4.00; ATAU
- Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) tertakluk kepada kelulusan Senat UNIMEL; ATAU
- Mempunyai Diploma (Tahap 4, MQF) dalam bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 daripada 4.00; ATAU
- Kelayakan lain yang setara dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai bersamaan dengan syarat-syarat di atas.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1
- Penghayatan Etika dan Peradaban / *Bahasa Melayu Komunikasi 2
- English for Academic Communication
- Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
- Bimbingan Tingkah Laku Kanak-kanak
- Persekitaran dan Pembelajaran Awal Kanak-kanak
- Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak
*Pelajar antarabangsa
Semester 2
- Falsafah dan Isu Semasa
- Fiqh Ibadah/Sivik dan Moral
- Pedagogi Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Apresiasi Seni Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Etika dan Profesionalisme Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Kanak-kanak
- Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak
Semester 3
- Muzik dan Pergerakan Kreatif
- Kanak-kanak Berkeperluan Khas
- Pendidikan Kerohanian dan Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Teaching English for Young Learner
- Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Psikologi Perkembangan
Semester 4
- Integriti dan Rasuah
- Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Asuhan dan Didikan Kanak-kanak
- Mathematics in Early Childhood Education
- Science in Early Childhood Education
- Pengantar Perkembangan Personaliti
Semester 5
- Keterlibatan Komuniti
- Pengajian Sosial Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Perancangan dan Pembangunan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Pendidikan Fizikal Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
- Motivasi dan Emosi
Semester 6
- Pemerhatian, Pentaksiran dan Penilaian Awal Kanak-kanak
- Keusahawanan Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Pemakanan, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Penulisan Ilmiah (Projek Tahun Akhir)
- Psikologi Sosial
Semester 7
- Praktikum I (TASKA)
- Praktikum II (TADIKA)
MANFAAT & PELUANG KERJAYA
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak berpeluang membina kerjaya dalam pelbagai sektor dan institusi pendidikan awal kanak-kanak. Mereka boleh berkhidmat sebagai:
- Usahawan TASKA/TADIKA
- Pengetua atau Penyelia TASKA/TADIKA
- Guru atau pengasuh TASKA/TADIKA
- Guru pendidikan khas
- Pembantu guru pendidikan khas
- Pereka permainan kanak-kanak
- Penulis buku kanak-kanak
- Penolong pegawai kebajikan masyarakat (pengkhususan kanak-kanak)
- Pensyarah kolej (mengajar peringkat diploma)
- Guru tuisyen persendirian atau bebas
- Pereka rancangan kanak-kanak di bahagian penyiaran
- Pereka modul kanak-kanak TASKA/TADIKA dan lain-lain kerjaya yang bersesuaian