Pascasiswazah (Penyelidikan)

SARJANA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (Penyelidikan)

(R2/0111/7/0021) 03/26 (FA 0440)

Program Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Penyelidikan) ini bertujuan melahirkan pemimpin dan pengurus pendidikan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengurus dan mentadbir organisasi pendidikan secara profesional dan beretika. Program ini dirancang untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam mengaplikasikan teori, konsep dan amalan kepimpinan serta pengurusan pendidikan bagi memperkukuh keberkesanan organisasi di pelbagai peringkat sama ada di sekolah, institusi pendidikan tinggi, jabatan atau agensi kerajaan.

Selain itu, program ini memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran analitikal, komunikasi dan penyelesaian masalah yang berasaskan pemikiran kritis dan reflektif. Graduan program ini diharap dapat menjadi ejen perubahan yang berupaya memimpin inovasi pendidikan, memperkukuh kecekapan organisasi serta menyumbang kepada pembangunan insan secara menyeluruh. Program ini turut menyokong aspirasi Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan yang menggabungkan kecemerlangan ilmu duniawi dan ukhrawi, serta menampilkan kepimpinan berteraskan nilai-nilai Islam dalam konteks pendidikan kontemporari.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan ahli akademik, guru, pemimpin dan pengurus dalam pendidikan yang reflektif kritis yang dapat memahami penyelidikan kepimpinan dan pengurusan pendidikan dan memanfaatkannya untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengurusan mereka melalui penciptaan persekitaran pengurusan pendidikan yang optimum untuk semua calon.

  1. Melahirkan calon yang mempunyai pengetahuan penyelidikan yang mampan, mendalam dan maju dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan serta mampu menyumbang kepakaran kepada pembangunan institusi pendidikan negara.
  1. Mampu memimpin organisasi dengan menggunakan kemahiran interpersonal dan kerjasama yang tinggi dalam menangani masalah pendidikan menggunakan kemahiran saintifik berdasarkan etika, prosedur dan model atau rangka kerja baharu untuk pembangunan kakitangan mereka.

SYARAT KEMASUKAN

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 75 dan ke atas ATAU;
  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 50 – 2.74 dengan syarat DIPUTUSKAN melalui perincian penilaian dalamam Universiti ATAU;
  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 00 – 2.49 dengan syarat LAYAK 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan ATAU;
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Senat

STRUKTUR PROGRAM

1.Pelajar perlu mengikuti Kursus Audit (sebaik-baiknya semester 1) iaitu:

  • Seminar Etika Profesionalisme Islam
  • Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
  • Kaedah Penyelidikan Kualitatif
  • Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan (kursus pra-syarat bagi calon bukan pendidikan)
 
2. Skop Kajian
  • Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
  • Pembangunan Kurikulum
  • Pengurusan dan Kepimpinan Institusi Pendidikan
  • Pendidikan Pra- Sekolah
  • Insitusi Pendidikan Islam
  • Governan Pendidikan Swasta
  • Pendidikan Non-Formal
 
3. Proses Pengajian
  • Pembentangan Cadangan Penyelidikan (Proposal Defense)
  • Pra- Viva
  • Viva Voce

MANFAAT & PELUANG KERJAYA

Graduan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan sesuai berada dalam mana-mana bidang, jabatan dan unit seperti :

  1. Guru Sekolah
  2. Pensyarah Pengajian Tinggi
  3. Pegawai di jabatan pendidikan dan kementerian
  4. Pengurus dan pentadbiran pendidikan
  5. Kepimpinan Institusi Pendidikan