Pascasiswazah (Kerja Kursus)

SARJANA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (Kerja Kursus)

(N/0111/7/0025) 10/26 (FA 14853)

Program Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Kerja Kursus) ini bertujuan melahirkan pemimpin dan pengurus pendidikan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengurus dan mentadbir organisasi pendidikan secara profesional dan beretika. Program ini dirancang untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam mengaplikasikan teori, konsep dan amalan kepimpinan serta pengurusan pendidikan bagi memperkukuh keberkesanan organisasi di pelbagai peringkat sama ada di sekolah, institusi pendidikan tinggi, jabatan atau agensi kerajaan.

Selain itu, program ini memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran analitikal, komunikasi dan penyelesaian masalah yang berasaskan pemikiran kritis dan reflektif. Graduan program ini diharap dapat menjadi ejen perubahan yang berupaya memimpin inovasi pendidikan, memperkukuh kecekapan organisasi serta menyumbang kepada pembangunan insan secara menyeluruh. Program ini turut menyokong aspirasi Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan yang menggabungkan kecemerlangan ilmu duniawi dan ukhrawi, serta menampilkan kepimpinan berteraskan nilai-nilai Islam dalam konteks pendidikan kontemporari.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan ahli akademik, guru, pemimpin dan pengurus dalam pendidikan yang reflektif kritis yang dapat memahami penyelidikan kepimpinan dan pengurusan pendidikan dan memanfaatkannya untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengurusan mereka melalui penciptaan persekitaran pengurusan pendidikan yang optimum untuk semua calon.

  1. Melahirkan calon yang mempunyai pengetahuan penyelidikan yang mampan, mendalam dan maju dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan serta mampu menyumbang kepakaran kepada pembangunan institusi pendidikan negara.
  2. Mampu memimpin organisasi dengan menggunakan kemahiran interpersonal dan kerjasama yang tinggi dalam menangani masalah pendidikan menggunakan kemahiran saintifik berdasarkan etika, prosedur dan model atau rangka kerja baharu untuk pembangunan kakitangan mereka.

SYARAT KEMASUKAN

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 50 ATAU,yang setara dengannya, seperti yang diterima Senat Universiti ATAU;
  2. Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK 50, boleh diterima tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang relevan.

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

Sepenuh masa:

  • Etika Profesional Islam
  • Kaedah Penyelidikan (Kuantitatif dan Kualitatif)
  • Penulisan Akademik
  • Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Separuh masa:

  • Etika Profesional Islam
  • Kaedah Penyelidikan (Kuantitatif dan Kualitatif)
  • Penulisan Akademik

 

Semester 2

Sepenuh masa:

  • Penaakulan Data (Kuantitatif dan Kualitatif)
  • Seminar Pendidikan
  • Kepimpinan dalam Pendidikan
  • Pengurusan Modal Insan dari Perspektif Islam

Separuh masa:

  • Penaakulan Data (Kuantitatif dan Kualitatif)
  • Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
  • Pengurusan Modal Insan dari Perspektif Islam

 

Semester 3

Sepenuh masa:

  • Spektrum Islam dalam Amalan Terbaik Kepimpinan
  • Kertas Projek

Separuh masa:

  • Seminar Pendidikan
  • Kepimpinan dalam Pendidikan
  • Spektrum Islam dalam Amalan Terbaik Kepimpinan

 

Semester 4

Separuh masa: 

  • Kertas Projek

MANFAAT & PELUANG KERJAYA

Graduan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan sesuai berada dalam mana- mana bidang, jabatan dan unit seperti :

  1. Guru Sekolah
  2. Pensyarah Pengajian Tinggi
  3. Pegawai di jabatan pendidikan dan kementerian
  4. Pengurus dan pentadbiran pendidikan